Budak sekolah raih 10k jual body?


Di mana letaknya maruah seorang perempuan? 

Selepas happy bergelak ketawa menonton Final Maharajalawak yang diungguli oleh Sepah,Blogger terbaca  berita dari M'sian schoolgirl rakes in $10k by selling body.

Sebagai orang Malaysia Islam, Blogger berasa amat sedih tentang perbuatan keji lagi terkutuk ini. Bukan niat untuk membuka pekung di dada tentang keburukan orang Malaysia itu sendiri, tetapi ini semua tentang maruah,maruah maruah dan maruah! 



Kehidupan mewah?
Kemana perginya maruah seorang perempuan, betapa beraninya menggadai tubuh badan untuk diratapi oleh lelaki buas hanya kerana untuk mendapat kehidupan mewah.
Adakah kehidupan mewah itu, sama nilai dengan sebuah maruah yg telah dicanang ,digadai diperlakukan pada setiap hari?Ini memang xstylobrader lah!!


Budak SPM
Lebih sadisnya,Gadis itu berkata ,beliau telah mengurangkan khidmat seks itu tahun ini kerana mahu bersedia untuk peperiksaan SPM. Bila ditatapi,dah macam pekerjaan yang stylo la bagi dia. jangan nanti bersepah anak-anak tidak berdosa di muka bumi ini.



SubhanAllah! Itu yang boleh diungkapkan oleh Blogger. Nampaknya, unsur-unsur seks,sumbang mahram dan perzinaan makin berleluasa sekarang. Ingat! kita berada di akhir zaman.


Sekadar nasihat
Kepada perempuan-perempuan di luar sana, janganlah melakukan perkara sekutuk ini,hanya untuk menikmati kehidupan mewah. Biarlah kita tidak kaya harta di dunia, ingatlah kita masih ada akhirat. Berusahalah untuk berjaya dalam hidup serta mendapat pekerjaan yg baik, InsyALLAH, anda akan mendapat habuannya kelak. Peace Yaww! Untuk berita lengkap silalah ke Malaysian schoolgirl rakes $10k.

p/s : Nak cari duit pergilah buat keje part time lah!

 

4 comments: