Nik Aziz pula kena ugutan bunuh?


First of all, Blogger terpaksa melanggar etika keBlogger'an ni, sebab entry kali ini Blogger akan mengupas isu berkenaan politik iaitu Nik Aziz pula terima ugutan BUNUH!!!. Blogger tidak mahu untuk involve dalam politik sebenarnya, tetapi Blogger amat terkilan dengan sikap si pemuda yang sangat 'baik' ini kerana amat mudahnya dia melontarkan kata-kata yg begitu tajam ibarat pedang sehinggakan sanggup terniat untuk membunuh ulamak kita. Astagfirullahalhazim..Insaflah bro.

Blogger terkejut setelah membaca dari salah sebuah website wordpress isu ini walaupun tarikh isu ini adalah pada tahun lepas diharapkan ia akan menjadi pengajaran kepada kita semua.


Maklumat berikut hasil daripada laman sesawang facebook. 





Sebagaimana kita tahu ulamak adalah pewaris selepas Nabi dan sahabat-sahabat nya yang perlu kita hormat. Tetapi isu si pemuda yang baik ni, dia amat 'MENYANJUNG' ulamak kita Nik Aziz.



Telah berfirman Allah Ta'ala bahawa golongan dikalangan hamba-hamba yang takut pada tuhannya adalah dikalangan 'ulamak. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W pula menyatakan bahawa 'ulamak adalah pewaris nabi, maknanya 'ulamak mewarisi kerja-kerja nabi. Kemudian tokoh-tokoh besar 'ulamak menggariskan bahawa 'ulamak terbahagi pula kepada dua, 'ulamak baik dan 'ulamak jahat ( 'ulamak su'). Adapun 'ulamak yang baik itu dikalangan 'ulamak yang takut kepada Allah, 'ulamak yang jahat pula adalah sebaliknya.

Daripada firman Allah dan Hadis di atas, sudah jelas ulamak ialah orang yang patut kita hormati bukan untuk dicaci, dihina dan sehingga ugutan bunuh. MasyAllah.

No comments:

Post a Comment