Pekerja Vietnam, Bangladesh bergaduh rebut wanita
PIHAK pengurusan kilang tekstil mengarahkan pekerja warga Bangladesh yang bersenjata besi dan kayu supaya balik ke bilik asrama selepas berlaku berbalahan dengan pekerja warga Vietnam di Taman Semarak, malam kelmarin. - Foto Owee Ah Chun
BANDAR BARU NILAI: Hanya kerana seorang wanita, lebih 200 pekerja lelaki warga Vietnam dan Bangladesh bertempur mengakibatkan 23 cedera dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak di sini, malam kelmarin.
Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan tiga dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua kumpulan terbabit yang saling melakukan provokasi bertempur menggunakan kayu, besi dan membaling batu di dalam kawasan asrama yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan rumah penduduk.
Konflik terjadi bermula apabila tindakan seorang pekerja Bangladesh yang cuba memikat wanita Vietnam ketika bekerja syif malam Isnin lalu.“Wanita itu mengadu kepada teman lelakinya yang juga warga Vietnam bekerja di kilang sama yang kemudian membawa beberapa rakan senegara membelasah lelaki Bangladesh terbabit sekali gus mencetuskan ketegangan antara dua kumpulan itu.
Nasib baik polis dapat menghalang 500 lagi warga Bangladesh untuk menyerbu asrama pekerja Vietnam dan pihak polis berjaya menenangkan mereka sebelum mengiringi mereka pulang ke blok asrama masing-masing. (retrieved from Berita Harian online )
p/s: Bersyukurlah dapat bekerja di negara yang aman damai ni, tetapi janganlah mencemarilah suasana yang negatif dengan pergaduhan-pergaduhan yang menjengkelkan.
No comments:
Post a Comment