Setelah sekian lama Stylobrader berhenti mengasah buah fikiran yang sibuk memikirkan kerja-kerja yang perlu diuruskan, tiba-tiba timbul satu idea yang mana setiap orang mahupun di dalam ataupun di luar negara mengalaminya sendiri.
Facebook? ataupun FB yg selalu disebut-sebut oleh sebilangan besar masyarakat di luar sana. Mugkin ia telah menjadi satu perbualan biasa bagi sesetengah pihak. Sebab apa? Sebab ia telah menjadi satu perkara yg menjadi rutin harian yg tidak akan lekang penggunaannya.
Tahukah kita? Berapa ramai di antara kita, bila celik saje daripada tidur teringatkan fb? Mesti bila bangun daripada tidur tak lain tak bukan mesti memikirkan berapa banyakkah notification yang ada? adakah wall post yg dibuat semalam ada respond dari kawan-kawan? Ada jugak yang suka menukar-nukar profile pic mungkin disebabkan perasaan yg sukakan perubahan dari masa ke semasa disamping mahu kelihatan cantik dan macho dipandang teman-teman.
Ada jugak yang baik
Memang tidak dinafikan jugak, kebaikan dan manfaat daripada FB – (menghubungkan jaringan empayar kenalan, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya, menjadi medium merancang, merencana, merangka dan melaksanakan apa-apa projek secara maya, menjadi reminder tarikh-tarikh event tertentu dan sebagainya) – FB juga telah membuktikan kesan negatifnya kepada komuniti masyarakat kita.
Negatif pun ada jugak tapi lebih banyak
Stylobrader jugak ada terbaca mengenai kesan negatif daripada fb sendiri, 20% kes penceraian yg berlaku adalah berpunca daripada fb .
Fb jugak menjadi tempat untuk tujuan melontarkan idea-idea tetapi jugak menjadi tempat meluahkan ketidakpuas hatian kepada seseorang. Di situ ia menjadi platform untuk mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, menabur fitnah malah tempat membuka aib manusia. Tanpa kita sedar dosa kita berputar 24 jam di dalam alam maya.
Fb mewujudkan persengketaan dan perbalahan antara manusia. Ia mugkin wujud disebabkan salah faham terhadap maksud status di facebook. Stylobrader rasa ia boleh menguriskan perasaan dan syakwasangka terhadap apa yg di luahkan di status-status.Maka, timbullah fahaman yg negatif daripada apa yg disangkakan pada pemikiran mereka sendiri.
Hal-hal rumah tangga persengketaan suami isteri sehingga terdedah free ibaratkan drama cerita melayu membuatkan hal-hal rumah tangga ini tidak menjadi soal privacy.
Kalau sentuh pasal bf /gf jangan dicakaplah. ayat-ayat romantis terpampang di wall bf/gf menjadi satu lumrah seperti sengaja mencanang kisah cinta mereka untuk tatapan umum.
Contoh ayat yg pernah terbaca: hye b, I Love U so much syg,morning syg,nite my dear,sweetheart.
Orang kate best bercinta ni, rasa di awang awangan.Di sini, bukan stylobrader nk mengutuk atau menghina mereka-mereka ini, tetapi stylobrader ingin menegur dan menasihati yg mana patut diberitahu.Selalu couple-couple ni akan berkongsi password. Eh, u and i kan sehati sejiwa, u mesti share semua kat i kn? haha.antara dialog yg sempat stylobrader capture untuk bahan dalam entry ini. Boleh la, janji nak tunjuk kesetiaan dan kejujuran yang tiada tolok bandingannya. Bila dah terkantoi asyik komen or private message dgn lelaki/perempuan lain timbul lah pergaduhan atas sebab menggatal.
Marilah kita sama-sama muhasabah semula akan hakikat yang sedang berlaku ini. Stylobrader bukanlah pengguna FB yang mahir, dan juga mausia biasa yg ada melakukan salah dan silap. Namun, stylobrader mengajak semua untuk kita perhalusi dan mengamat benar-benar setiap kelakuan, tindakan dan sikap kita dalam urusan kita seharian.
Apa tanda anda ketagihan FB?
(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan - sangat-sangat mengharapkan 'sesuatu' daripadanya.
(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.
(3) Anda mampu menghadap laptop, atau komputer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Ber'chat'ting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!
(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti tugasan kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada 'dateline'nya? Alasan kita: Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.
(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntum jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.
Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.
Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?
Kelalaian FB,secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.
Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :
(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'FB'. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : "Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!"
(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke'facebook'an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!
(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang pelajar, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!
(4) Kita semakin jarang membuka al-Quran yang menjadi penguat rohani kita. Jika dahulu, sempat menghadap al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T kelak.
(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.
(6) Tugasan kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa: "Saya sibuk dan tidak sempat." Hal-hal yang lain, tugasan di tempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah Iman.
(7) Dengan FB, kita sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan. So,Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.
(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum Syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan.
(9) Gambar-gambar yang di'share', di'tag' dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.
Semua nya terletak pada diri kita sendiri sama ada menjadikan ia bermanfaat atau tidak.Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah S.W.T yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya bukan kita dikuasai oleh FB.
p/s : Besederhanalah melakukan sesuatu.
FB memang mbuatkan org addicted..nasib baik 13tahun ke atas je boleh buka akaun, kalo tidak budak sekolah rendah pun dah ada FB kot hahaha...
ReplyDelete@Elih Japahar
ReplyDeletehaha..xtaw pal 13tahun ke atas baru boleh bukak..hehe
semuanya memang ada pro dan contra..
ReplyDeletedalam berFB nie..memang banyak buruk dari baiknyer.
seriously..saya agak addicted berFB sbb tgah byk masa lapang.huhu
@Cik Bell
ReplyDeletehaha..semua org sedang alami perkara ni..hehe
hye b, I Love U so much syg,morning syg,nite my dear,sweetheart.
ReplyDeletemual lak tgk ayt2 camni kat fB. haha
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete@Siti Suriani
ReplyDeletehaha..mual? xpernah practice ke ?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteokay. nk tarik balik kata2 ar cmni.. hahaha
ReplyDeletehahahha~~ , nasib baik sye bkn kaki FB .. :P
ReplyDelete