Mohd Shakirin Ibrahim
Beliau berjaya meletakkan nama sebagai pemain ping pong Melayu pertama dalam skuad ping pong Kebangsaan disusuli dengan kejayaan beliau muncul pemain Melayu pertama menjuarai gelaran perseorangan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2004. Mohd Shakirin Ibrahim menduduki rangking 308 dalam rekod dunia
Berita Terkini
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) membuktikan keperkasaannya apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Ping Pong Malaysia 2011 edisi ke-48 yang berakhir di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.
Membariskan pemain utama negara seperti Mohd Syakirin Ibrahim, Chai Kian Beng dan Kho Mao Sheng serta bekas pemain kebangsaan, Chan Koon Wah, ATM yang masih segar daripada kejayaan muncul juara di Maksak 2011 di Seremban baru-baru ini nyata bukan tandingan dalam kategori lelaki.
Antara aksi perlawanan yang dimenanginya.
Syabas anak Melayu!
p/s: Moga-moga ramai lagi orang melayu berjaya menempa dalam sukan seni ini
No comments:
Post a Comment