Isu UTM dan UiTM? Kenapa nak bertelagah?




UTM  bukan UiTM?


Panas!!! Isu yang boleh mewujudkan sensitiviti kepada sesuatu golongan itu memang akan menjadi perbualan hangat kepada semua. Blogger tergerak hati untuk mengupas sedikit sebanyak tentang seorang hamba Allah ini telah membuat suatu kenyataan yang boleh dianggap tidak berasas sama sekali.

Kenyataan tersebut telah pun menaikkan sifat amarah semua pelajar UiTM khususnya. Blogger sendiri pun pelajar UiTM, sebagai seorang pelajar yang berdedikasi,berwibawa dan bersemangat juang yang tinggi, hal ini dianggap satu perkara yang menimbulkan kekecewaan serta 'kecik hati' mengapalah golongan daripada bangsa Melayu sendiri ingin bertelagah.? Rezeki kita masing-masing telah ditentukan oleh Maha Pencipta, walaupun di mana kita berada, kita dalam satu misi yang sama, menuntut ilmu demi mengaut seberapa banyak pengetahuan. Mengapa ingin 'menjatuhkan hukum' atau lebih tepat lagi mengatakan UiTM sebuah Universiti yang tidak mempunyai kelas?

 Eloklah hamba-hamba Allah tersebut meneliti semula setiap perkara yang terlanjur diperkatakan.Mengapa kita tidak bersatu membangunkan institusi Pengajian Tinggi Negara ke arah yang lebih gemilang? Tidak perlulah membuat perbandingan sama sekali, walaupun secara natijahnya memang ada dari segi kelas-kelas tertentu. Oleh itu , cuba kita melihat suatu sudut yang lebih positif ke arah pembangunan positif demi tanah air yang tercinta ini.


                          &

 Antara Kenyataan-kenyataan BERASAP!!!


"Bukan apa, bagi aku la kan...UiTM tu macam 2nd class universiti"

"Tengok pada standard laaaa, most of the UiTM students adalah intake yang xley survive kat matrik (intake Disember) and Budak2 lepasan SPM yang x dapat matrik.
 
"Kalo ada yang mintak ngan iklas ati pon,,sebab senang nak dapat...X payah nak compete ngan students bumiputera yang jaoooooooohhhh lagi cemerlang."


"Bukannya jeles ngan populariti UiTM, tapi da fed up sebab people never recognize UTM yang da banyak bagi sumbangan kat negara kita lam sektor Teknologi. Memang ramai usahawan Bumiputera yang berjaya datangnya dari UiTM, tapi para engineer, arkitek pe suma dari UTM"

 Daripada kenyataan-kenyataan di atas, memang tidak dinafikan lagi bahawa, memang ia agak keterlaluan dan melampau kerana ia memperkecilkan keupayaan UiTM sebagai salah satu Universiti terkemuka di Malaysia. Sepatutnya, hamba Allah ini perlu berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. 
"Orang yg bodoh meletakkan hati di lidahnya; orang yg bijaksana meletakkan lidah di belakang hatinya.."
 Isu ini telah pun sampai ke pengetahuan:

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

Vice-Chancellor of Mara University of Technology (UiTM)

Beliau sendiri telah meluahkan perasaan terkilan di Fan Page Facebook




Inilah mamat empunya Blog tu.






Oh yeah! si hamba Allah tu telah pun memohon maaf. Eloklah kalau dia sudah sedar segala perbuatannya. Mungkin tak sengaja or tak berniat sama sekali nak buat dan isu ini telah menjalar ke seluruh Malaysia dengan rakusnya.Setiap tindakan yang kita buat perlu fikir jugak sensitiviti masyarakat. Kita tak boleh ikut sedap kita je. kau nak kutuk, kutuk diam-diam. tak payah nak cerita kat semua orang. cerita kat kawan-kawan kau sudah. Blogger memang sedar bukan hanya kau sorang je pandang rendah kat UiTM ni tetapi ramai lagi kat luar tu yg macam kau. ok? One more thing, janganlah kita suka pandang rendah dekat orang lain sebab maybe satu hari nanti orang kau pandang rendah tu lebih berjaya daripada kau yg hari ni. mana tau esok-esok anak cucu kau pulak yg masuk UiTM ni? fikir-fikirkanlah.....


UiTM sentiasa dihatiku :)

11 comments:

  1. Ishhh amat tak berfikir panjang..kenape isu camni nak timbul.Pokok Pangkal kat mana pun blajar yg penting dapat Kerja yg elok utk masa depan agar dapat balas jasa mak bapak balik.. Tak semestinyer blajar kat U yg konon First Class hasil dan pengalaman sewaktu bekerja setimpal dgn apa yg dapat masa blajar. Sikit jer ilmu kat U tu if nak berhadapan dgn real world yang luas.. Akak ex-Student Uitm jugak..Alhamadullillah akak bahagia dgn apa yg akak dapat and even I'm proud bila akak dapat rezeki yg lebih compared to Badge from other U yg cemerlang. Rezeki Allah yang beri.. Chaiyok!Chaiyok Student uitm.. All the best.. Yg penting cara bagaimana anda menghadapi hidup anda..Tak semua org masuk U tu berjaya dan tak semua org yg tak masuk U tu tak berjaya.. Tepuk Dada tanya Iman

    ReplyDelete
  2. @ziana


    thanks sebab respons kak ziana yer?

    Isu cmni,xperlu jadi,mengapa hendak kita bandingkn dgn U U d malaysia ni.yg penting kita sma2 fokus dgn pengajian kita kt mana2 pun..even belaja kt U yg lebih 'standard' tp,x boleh perform cemerlamng xguna jgak..

    ReplyDelete
  3. rasanya mcm penh terbaca blog tu...xpyhla..nk bnding2kn U..kt mna kita dh ditakdirkn belajr..belajrla kerana Allah..

    ReplyDelete
  4. betul tu Qasih...rezeki semua dh dtentukan..fokus study sudahh.

    ReplyDelete
  5. haha, sokong gila la anda :) pape pun, blaja mana2 pun sama je kan, jnji kita semua berjaya . amin :)

    ReplyDelete
  6. @shahira :)
    jgn jadi gila sudah lahh..hehe..
    yg penting belajar,ikhlas kerana Allah taala..

    ReplyDelete
  7. Tu la MELAYU!always bertongkat,bertelagah sesama sndri..UiTM the only malay university yg ade kat m'sia ni..yg lain sume da mix habes..So bersyukur lah ade universiti tu..x perlu beza2,kalo x wujud uitm, ape jadi kat anak melayu kita..=) i'm not tryin to be racist..tp itulah kenyataan..Alhamdulillah, mari panjat kesyukuran peeps!=)

    ReplyDelete
  8. @chicken_floss

    ya betul sama sekali! kita patut bersyukur, cuba lah ubah minda kita kn...bangunlah bangsa ku!

    ReplyDelete
  9. kurang ajar betul. dia ingt dkt uitm belajar abc kot..

    ReplyDelete
  10. @johnny expeliarmus

    sebab mereka baru belajar abc la dorg kata cmtu..hee

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum. Maaf, Pakcik nak minta pandangan saudara tentang hal ini. Anak pakcik dpt tawaran Diploma Qs di UTM dan UITM utk semester Jun/July ini. Kalau saudara di tempat pakcik, apa tindakan saudara sekalian.

    ReplyDelete