Tudung Pilihan anda ? Anda bahagia dan gembira selalu?




 Aurat dan Wanita


Bila membincangkan tentang aurat, memang tidak dinafikan ia dikaitkan dengan orang yang bergelar wanita. Bukan wanita sahaja tidak terlepas dengan kes-kes aurat ni,lelaki jugak tidak jugak akan terlepas. Tetapi,pada post kali ini, blogger terdetik hati untuk mengupas serba sedikit tentang aurat seorang perempuan. Blogger bukan seorang yang alim, atau ustaz yang lebih mengetahui tentang hukum-hukum mengenai sesuatu perbuatan yg dibuat oleh seseorang hamba Allah di muka bumi ini.

Lagipun, Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.( diolah dan diubahsuai dari mykhalifah).



Blogger sendiri ingin berkongsi bersama-sama satu potongan hadis dari  Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.

Maka,kita tahu,syaitan ada di mana-mana sahaja,di sebelah kita,kiri atau kanan depan atau belakang. Maka,insan yang bergelar wanita perlulah kuat untuk mempertahankan maruah mereka. 
Setiap gerak geri mereka agar diperhatikan oleh insan-insan sekeliling tambah-tambah lagi lelaki.


Rasa kecian tetap ada kepada lelaki, mereka yang tidak bersalah kerana terpaksa? haha,terpaksa melihat khazanah yg tidak perlu ditunjuk-tunjuk kerna ia begitu bernilai. Kalau bincang pasal dosa, memang, secara automatik,lelaki pun dapat,,disebabkan tindakan wanita itu sendiri.

Cara Pemakaian jugak perlu betul!

 Ini memang cara yg begitu zalim!  

Kan elok pakai seperti saudari-saudari di atas


Bila kita mengikut prosedur yang betul barulah kita dapat menghasilkan suatu suasana yang bahagia seperti di bawah ini 


 


 sekadar gambar hiasan(jika mahu berkenalan boleh contact terus blogger hehe)


Akhir kata dari blogger, ingin memetik satu penyataan yang berguna untuk semua,



Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.

p/s- khas untuk wanita and tidak lupa juga Hani Nabilah, OneKnee SHafii



1 comment: