Sepatutnya,mereka-mereka ini perlu la menjaga kesucian bulan yang penuh Barakah ini. Bulan puasa ni jugak lah nak bermadu asmara, berdua-duaan menjadi satu tabiat yang dianggap biasa. Entahla, bulan puasa pun berani buat benda-benda xelok, apatah lagi bulan2 lain. Moga kita tidak tergolong dalam situasi begini. Ikutilah laporan penuh di bawah. Ini x stylolah!
GELAGAT mencemarkan kemuliaan Ramadan di tempat awam di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Tindakan segelintir pasangan memadu kasih, termasuk berpakaian mencolok mata di beberapa kawasan rekreasi sekitar bandar raya kecil ini bukan saja mengecewakan orang ramai, tetapi mencemarkan kesucian Ramadan.
Beberapa kawasan rekreasi termasuk Pantai Batu Buruk, Dataran Shahbandar, Taman Pulau Kambing dan Pantai Teluk Ketapang di sini, dikenal pasti sebagai tempat tumpuan kumpulan remaja berkasih sayang, langsung tidak menyedari perbuatan mereka mencemar kesucian Ramadan dan memalukan umat Islam.
Pengunjung, Muhamad Sabri Hisyam Embong, 43, berkata tindakan tidak bermoral segelintir remaja duduk berduaan di kawasan Lagun Kuala Ibai di kawasan sunyi sangat memalukan kerana mencemarkan kemuliaan Ramadan.
Katanya, Ramadan sepatutnya diisi dengan amal ibadat dan kegiatan berfaedah bukannya berfoya-foya seperti orang yang tidak ada pegangan hidup.
"Lebih menyakitkan hati, kawasan taman dan rekreasi yang menjadi tempat mereka melepaskan hawa nafsu seolah-olah milik mereka saja dan pengunjung lain seperti tidak wujud di kawasan berkenaan," katanya sambil menambah tindakan kumpulan berkenaan menyebabkan ramai ibu bapa segan membawa anak-anak beriadah di situ.
Nor Azura Ahmad Bahtiar, 38, yang ditemui di Taman Rekreasi Pulau Kambing berkata dia berasa tidak senang dan malu dengan keletah ramai pasangan mudi mudi.
"Sudahlah tidak menghormati Ramadan, perbuatan mereka memberi kesan negatif kepada kanak-kanak,” katanya.

sumber: Awam
dorg ni mana penah takot.puasa tak puasa anggap
ReplyDeletesama je.nak bala datang sini sana baru nak tobat.
hmmm
@syafiqakarim
ReplyDeletetulah..ish2..mintak2 lah mereka bertaubat..