Ramadhan 1432H. Tahun keramat di bulan yang mulia memancar 1001 kemuliaan tentang keajaiban sebuah bulan yang didalamnya tersembunyi malam Lailatul-qadar. Sememangnya ramadhan yang datang ini disambut dengan penuh barakah oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Kedatangan bulan ini memang dinanti-nantikan tambahan pula ia turut diwarnai dengan pelbagai aktiviti yang sudah dianggap budaya dalam masyarakat kita hari ini.
Selain kita menunaikan amalan wajib dan sunat di malam hari dengan mendirikan solat sunat terawih dan witir , ada beberapa perkara lain yang menjadikan negara kita unik serta menambahkan lagi kemeriahan sepanjang bulan ramadhan.
Pastinya, yang menjadi tumpuan ialah bazar ramadhan yang menjadi tumpuan orang ramai yang menjual pelabgai aneka juadah untuk berbuka. Senario ini dipandang begitu unik oleh pelancong-pelancong luar yang datang ke negara kita. Mereka yang pertama kali datang akan merasakan ia sebuah pesta makanan yang menjadi kunjungan ratusan malah ribuan manusia untuk menikmati makanan dan minuman. Tapi harus diingat suasana ini jangan dianggap pesta, tetapi raikanlah sesederhana yang boleh. Janganlah diikutkan sangat nafsu makan selain kita cuba untuk mengelak pembaziran malah daripada aspek kesihatan juga perlu diambil kira.
Pembaziran itu memang sudah pasti, tapi kesihatan itu sudah terancam susah untuk dipulihkan. Stylobrader menasihati kepada semua sebab stylobrader sedang mengalami hyperacidity. Ia adalah peringkat awal gastrik yang memungkinkan kita hilang selera makan serta muntah-muntah.
Akhir kata, Orang yang berpuasa selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, mereka lebih banyak berkomunikasi dengan Allah. Lapar dan dahaga adalah kaedah bagi mencapai tujuan berpuasa, tetapi ia bukanlah tujuan utama sehingga menjadikan lapar serta dahaga sebagai matlamat kita berpuasa.
No comments:
Post a Comment