KUALA LUMPUR: Kira-kira 400 penduduk dari dua kampung di Ampang dipindahkan malam ini apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.
Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.
Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.
"Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh. Kebanyakan mangsa tinggal sehelai sepinggang," kata Ketua Wanita UMNO bahagian Ampang, Dr Rozaidah Talib ketika dihubungi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment