7 Cara Ratakan Perut Buncit
Salam sejahtera kepada semua warga kota,kampung dan pedalaman serta yg sewaktu dengannya. Sejak berkurun lama tidak berkongsi serita,INIKALILAH Stylobrader ingin berkongsi serba sedikit tips untuk kempiskan malahan meratakan terus perut perut anda yang jitu serta mapan. So, mari kita pupuk minat membaca di bawah. :P
1. Makan perlahan-lahan
Ha, Ketika menjamah makanan, Stylobradermemang pantang nenek moyang kalau makan lelaju , nak pegi mana taktaw.Kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. So,makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. Stylobrader rasa, makan pelan-pelan ,jangan jadi perangai syaiton.
2. Minum air masak yang banyak
Air tersangat penting bro bro and sis semua. Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
3. Kurangkan garam dalam makanan
Ha, langkah paling cepat, hentak perut kat dinding atau baring kat jalan, lagi cepat dan mujarab..haha
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat
Khasiat dari ape yang kita makan tu penting, Stylobrader rasa serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini

5. Hindari sembelit
Jangan tahan nak berak kawan kawan semua. Kalau nak tahu,sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

6. Kesan pengambilan ubat
Ubat bukan sebarang ubat kita boleh bedai. Dan terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

7. Selalukan hentakkan perut kat dinding atau baring kat jalan
p/s: Jangan buncit sangat weii..haha
No comments:
Post a Comment