75.9% Wan Azizah menang PRK Kajang



Shah Alam- Kajian penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) mendapati calon Parti Keadilan RAKYAT (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memenangi kerusi PRK N25 kAJANG, pada 23 Mac ini.

Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal Selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, berkata 75.9 peratus daripada 394 responden menyatakan keyakinan itu dalam satu kajian soal selidik yang dijalankan antara dari 12 Mac hingga 16 Mac.

Hanya 24.1 peratus responden menyatakan bahawa calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun akan memenangi PRK itu. Sebanyak 61.4 peratus responden bersetuju Wan Azizah mempunyai kepimpinan yang baik, dan hanya 8.9 peratus sahaja percaya Wan Azizah seorang pemimpin yang lemah, 42.7 peratus sahaja meletakkan kepimpinan Wan Azizah di paras sederhana.

Sementara bagi calon BN, hanya 34.2 peratus meyakini kepimpinan beliau, berbanding 23.1 merasakan Chew Mei Fun seorang pemimpin yang lemah. Kajian dijalankan Unisel itu meliputi responden daripada Melayu (65.4 peratus), Cina (18.8 peratus) dan India (14 peratus).

-Sumber Selangor Kini.


No comments:

Post a Comment