Showing posts with label Trends. Show all posts
Showing posts with label Trends. Show all posts

FACEBOOK: Anda menguasai atau dikuasai?

Setelah sekian lama Stylobrader berhenti mengasah buah fikiran yang sibuk memikirkan kerja-kerja yang perlu diuruskan, tiba-tiba timbul satu idea yang mana setiap orang mahupun di dalam ataupun di luar negara mengalaminya sendiri.
Facebook? ataupun FB yg selalu  disebut-sebut oleh sebilangan besar masyarakat di luar sana. Mugkin ia telah menjadi satu perbualan biasa bagi sesetengah pihak. Sebab apa? Sebab ia telah menjadi satu perkara yg menjadi rutin harian yg tidak akan lekang penggunaannya.

Tahukah kita? Berapa ramai di antara kita, bila celik saje daripada tidur teringatkan fb? Mesti bila bangun daripada tidur tak lain tak bukan mesti memikirkan berapa banyakkah notification yang ada? adakah wall post yg dibuat semalam ada respond dari kawan-kawan? Ada jugak yang suka menukar-nukar profile pic mungkin disebabkan perasaan yg sukakan perubahan dari masa ke semasa disamping mahu kelihatan cantik dan macho dipandang teman-teman.



Ada jugak yang baik

Memang tidak dinafikan jugak, kebaikan dan manfaat daripada FB – (menghubungkan jaringan empayar kenalan, persaudaraan, persahabatan dan sebagainya, menjadi medium merancang, merencana, merangka dan melaksanakan apa-apa projek secara maya, menjadi reminder tarikh-tarikh event tertentu dan sebagainya) – FB juga telah membuktikan kesan negatifnya kepada komuniti masyarakat kita.



Negatif pun ada jugak tapi lebih banyak

Stylobrader jugak ada terbaca mengenai kesan negatif daripada fb sendiri, 20% kes penceraian yg berlaku adalah berpunca daripada fb .

Fb jugak menjadi tempat untuk tujuan melontarkan idea-idea tetapi jugak menjadi tempat meluahkan ketidakpuas hatian kepada seseorang. Di situ ia menjadi platform untuk mengumpat, mencaci, mencerca, menghina, menabur fitnah malah tempat membuka aib manusia. Tanpa kita sedar dosa kita berputar 24 jam di dalam alam maya.

Fb mewujudkan persengketaan dan perbalahan antara manusia. Ia mugkin wujud disebabkan salah faham terhadap maksud status di facebook. Stylobrader rasa ia boleh menguriskan perasaan dan syakwasangka terhadap apa yg di luahkan di status-status.Maka, timbullah fahaman yg negatif daripada apa yg disangkakan pada pemikiran mereka sendiri.
Hal-hal rumah tangga persengketaan suami isteri sehingga terdedah free ibaratkan drama cerita melayu membuatkan hal-hal rumah tangga ini tidak menjadi soal privacy. 

Kalau sentuh pasal bf /gf jangan dicakaplah. ayat-ayat romantis terpampang di wall bf/gf menjadi satu lumrah seperti sengaja mencanang kisah cinta mereka untuk tatapan umum. 
Contoh ayat yg pernah terbaca: hye b, I Love U so much syg,morning syg,nite my dear,sweetheart.

Orang kate best bercinta ni, rasa di awang awangan.Di sini, bukan stylobrader nk mengutuk atau menghina mereka-mereka ini, tetapi stylobrader ingin menegur dan menasihati yg mana patut diberitahu.Selalu couple-couple ni akan berkongsi password. Eh, u and i kan sehati sejiwa, u mesti share semua kat i kn? haha.antara dialog yg sempat stylobrader capture untuk bahan dalam entry ini. Boleh la, janji nak tunjuk kesetiaan dan kejujuran yang tiada tolok bandingannya. Bila dah terkantoi asyik komen or private message dgn lelaki/perempuan lain timbul lah pergaduhan atas sebab menggatal.

Marilah kita sama-sama muhasabah semula akan hakikat yang sedang berlaku ini. Stylobrader bukanlah pengguna FB yang mahir, dan juga mausia biasa yg ada melakukan salah dan silap. Namun, stylobrader mengajak semua  untuk kita perhalusi dan mengamat benar-benar setiap kelakuan, tindakan dan sikap kita dalam urusan kita seharian.




Apa tanda anda ketagihan FB?

(1) Jika melayari internet, laman sesawang FB merupakan laman yang pertama yang akan anda buka. Membukanya dengan penuh keterujaan - sangat-sangat mengharapkan 'sesuatu' daripadanya.

(2) Anda akan rasa tidak selesa jika tidak dapat menghadap FB ini untuk tempoh satu hari. Rasa gelisah, tidak tenang dan menggeletar seluruh jiwa dan raga. Di minda anda : FB, FB, FB, FB.

(3) Anda mampu menghadap laptop, atau komputer berjam-jam lamanya hanya dengan FB. Ya. Menukar status FB sekerapnya mungkin, membalas komentar-komentar dengan penuh minat dan asyik. Ber'chat'ting melalui ruangnya FB dengan rakan-rakan yang online – serentak – kekadang 5 sehingga 10 orang sekaligus. Hebat dan luar biasa!

(4) Anda terlupa untuk melakukan kerja-kerja lain, seperti tugasan kuliah, tugasan daripada boss dan sebagainya sehingga mutu kerja dan produktiviti merudum. Apabila pensyarah kita soal kenapa tidak mampu siapkan assignment pada 'dateline'nya? Alasan kita: Saya sibuk. Maksud tersiratnya ialah, sibuk dengan FB.

(5) Bagi jiwa dan hati anda, tanpa FB anda akan rasai suatu kehilangan dalam kehidupan. Kehilangan yang akan meruntum jiwa, perasaan anda menjadi keluh kesah dan tidak dapat fokus kepada kerja-kerja harian yang lain.
Bagaimana? Ada yang pernah berkata : Aduh pedihnya? Banyak senarai ini terkena kepada aku. Sama-sama kita jujur dalam penilaian ini.
Sama-sama kita check diri kita, adakah kita begitu? Kita semak juga, bentuk-bentuk kelalaian FB. Adakah kita sudah terjebak kepada penyakit ini?
Kelalaian FB,secara peribadi, FB ini jika disalahertikan dan disalahgunakan ia akan membawa kepada kemudaratan, kelalaian dan kealpaan.




Tanda-tanda kita dalam kelalaian ketika menggunakan FB :

(1) Ibadah harian kita semakin tumpul, dan kita leka serta habiskan banyak masa dengan ber'FB'. Kemanisan untuk beribadah kian hilang. Kelazatan dan kenikmatan membaca al-Quran, mendirikan solat wajib, berzikir dan lain-lain amalan soleh tidak lagi menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan. Bahkan, terasa akan kehambarannya. Pernah, salah seorang rakan saya menasihati saya : "Tanda kita hilang kemanisan beribadah, kita tidak rasa pentingnya solat berjemaah!"

(2) Ketika azan berkumandang di udara, ketika itu kita tiada keupayaan untuk berhenti daripada melayari FB dan terus leka dibuai indah bersama alam ke'facebook'an. Susah sangat-sangat. Dalam hati, tidak mengapa – awal lagi. Kita teruskan dengan dunia FB. Sehinggakan, kita tersentak – waktu solat tinggal beberapa minit sahaja lagi!

(3) Berjam-jam masa dan detik kita dihabiskan untuk menjelajahi alam FB, dan kita semakin seronok dan sayang kepada FB. Sayangnya kita dengan FB membuatkan kita begitu ghairah menerokai kecanggihan, fungsian dan apa sahaja tentang FB walaupun tidak memberikan apa-apa manfaat buat diri kita. Pernah saya jumpa seorang pelajar, daripada pagi sehingga subuh keesokannya berhadapan dengan laptop. Bila ditanya buat apa? – Melayari FB semata-mata!

(4) Kita semakin jarang membuka al-Quran yang menjadi penguat rohani kita. Jika dahulu, sempat menghadap al-Quran setiap hari, kini kita semakin jauh daripada roh al-Quran. Kita kata kita tidak sempat untuk mentadabbur al-Quran kerana sibuk dengan tugasan harian. Awas, saudara-saudariku : berhati-hati dengan istilah kesibukan. Ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T kelak.

(5) Zikrullah yang harus menemani kehidupan kita bergantian, dengan FB sebagai peneman hidup yang akrab. Kita kian larut dengan teman hidup yang baru, namanya FB. Kita begitu asyik berdampingnya dengannya sehingga lupakan sesuatu yang lebih penting buat jiwa dan hati kita. Zikrullah, zikir-zikir yang menjadi penenang diri kian luntur dalam sebutan bibir dan hati – lama kelamaan jiwa kita gersang, kosong dan hampir mati.
(6) Tugasan kuliah yang diberikan pensyarah, gagal disiapkan tepat pada masanya. Dateline terlepas dan berasalan bahawa: "Saya sibuk dan tidak sempat." Hal-hal yang lain, tugasan di tempat kerja, bertangguh-tangguh, bertimbun-timbun dan akhirnya kita tidak perform! Tepuk dada, soallah Iman.

(7) Dengan FB, kita sehingga jiwa kita terasa kekosongan dan lebih parah jika teman bersembang kita itu berlawanan jantina. leka bersembang dan berbicara tanpa arah tujuan. So,Bibit-bibit maksiat mulai mencemari kejernihan hati dan akhirnya kita tersangkut dengan cinta nafsu yang memberikan bintik-bintik hitam kepada jiwa.

(8) Budaya kutuk mengutuk, usik mengusik berlawanan jantina, berbincang tanpa asas kemanfaatan dan sebagai mendominasi aktiviti harian kita. Pada awalnya, kita rasa bersalah. Eh, tidak elok begini. Tergetus dalam hati. Namun, lama-lama suntikan jarum Syaitan mulai membawa kepada bibit-bibit yang menyeronokan dan mengasyikkan.

(9) Gambar-gambar yang di'share', di'tag' dan dikomen lebih banyak membawa kepada kemudaratan, menuju ke arah penyebaran dosa dan maksiat. Gambar-gambar yang mendedahkan aurat, menghairahkan, membawa kepada fitnah dan sebagainya harus dielakan untuk diletak di dalam FB kita. Hati-hati dengan hal ini.

Semua nya terletak pada diri kita sendiri sama ada menjadikan ia bermanfaat atau tidak.Marilah kita menjadi hamba-hamba Allah S.W.T yang melayari FB dengan keupayaan untuk menguasainya bukan kita dikuasai oleh FB.


p/s : Besederhanalah melakukan sesuatu. 



Takabisha : Roller Coaster Paling Curam Di Dunia

Takabisha ialah roller coaster tebaru di Fuji-Q Highland, Jepun. Dibina dengan kos USD37 juta, ianya kini pemegang rekod dunia sebagai roller coaster paling curam didunia dengan sudut curaman utamanya 121 darjah. Tak cukup dengan itu ketika menjunam penumpang Takabisha akan jatuh sejauh 43 meter pada kelajuan 100 KMJ. Jika ada kelapangan silalah ke Fuji-Q Land dan bayarUSD 12.50 untuk menaiki "The Dominator" selama 112 saat.







p/s: Marilah mencuba 

JUVANA dan Botak?




Aku tidak akan terperangkap selamanya
-JUVANA-


Secara umumnya, stylobrader nk kupas sikit je tentang sinopsis keseluruhan cerita Juvana ni, Ia adalah sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisa hidup pesalah-pesalah juvana. Selain daripada menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana ini, JUVANA juga mahu mendidik para penonton semua supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan pesalah-pesalah juvana menerusi watak-watak yang dipermainakan dalam drama ini.


Watak-watak utama

Warden Raja

Cikgu Zakiah 

Daim

Botak

Ayam

Apek


Tenaga Pengajar



Kompilasi aksi-aksi dalam JUVANA

Adegan-adegan


Watak pilihan Stylobrader

Memandangkan stylobrader amat meminati watak jahat iaitu Botak, Stylobrader akan mempromosikan serba sedikit gambar-gambar Botak atau nama asal beliau ialah Johan Arrif Asari. 
So, from now on, you can call me Botak even rambutku tak botak.
Gambar-Gambar Botak

Adakah Ustazah Siti Nor Bahyah berkecil hati dengan lawak Sepah?



Blogger masih terasa bahang kemenangan Maharajalawak yang tidak lain tidak bukan Sepah. Mesti ramai tertanya akan respon terhadap lawak SEPAH yang mengajuk-ngajuk cara penyampaian Ustazah Siti Nor Bahyah dalam rancangan semanis kurma.

'So, bagaimana pandangan Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri'? 
Assalamualaikum shbt fb ustzh yg dikasihi.Moga Allah sntiasa mnjauhi kita semua dari sgl keburukan & mgurniakan hidayah yg bterusan,amin.Semanis Kurma mlm ni tajuk:Majlis pertunangan @ pernikahan.Tksh ye krn ramai yg mgmbil berat ttg ustzh & ustaz hgga brtnya samada ustzh bkecil hati @ tak dgn kump sepah dlm maharaja lawak yg mniru gaya ustzh.Cuba teka,ustzh & ustaz kecil hati @ tak ye? tksh.
Selepas ni,mari kita terjah Rancangan Semanis Kurma yer kawan-kawan:)
 
p/s: Apa apa pun Sepah memang terbaik..Tahniah Sepah! 
( berapa kali da aku nk ulang)


 


6 Lelaki Macho Malaysia



Mereka-mereka ni, menjadi kegilaan perempuan-perempuan di Malaysia. Secara intonasi yg betulnya, bolehla di ibaratkan Lelaki Melayu terakhir. Media Malaysia jugak dah iktirafkan mereka ni antara yg terkacak and termacho. Bagi lelaki yg membaca entry ni, kalau muka korang xde kat sini, memang korang memamg xlayak pun.haha.

Aaron Aziz( Semakin menjadi kegilaan sejak berlakon dalam drama siri Nora Elena)

Tomok(  seorang jutawan malah pernah popular dengan lagu Sejarah Mungkin berulang)


Sam Shaheizy ( Watak bersahaja berjaya menambat hati peminat)
    Shamsul Yusof-mengikut jejak langkah ayahanda nya


Fahrin Ahmad ( pernah mengalami spekulasi dengan Linda ONN)

Ali mamak( antara lelaki yg mendapat perhatian ramai sejak bergandingan dengan Kumpulan R2 maharaja Lawak

p/s: I choose ALi Mamak

Google doodle guitar - Les Paul


Google logo

Les Paul. Maybe people does not really familiar with this name. For those often using the Google search engine, what you can see is the Google Logo Features Playable Guitar String. So, in honor of musician Les Paul, Google has replaced its go-to multicolor doodle with guitar strings that you can strum.

 Les Paul

The logo of the Guitar string lets users "play" the guitar by plucking the strings, and even lets them record their melodies. In order to search the information such as songs, articles,pictures, videos and so forth, you can simply pluck the strings. To see how it works, let's us watch the vidoe below:

Google doodle guitar - Les Paul

Now, you can try by yourself to play with the Google doodle guitar . 

 

Dah jadi trend lelaki pakai cekak rambut








Cekak Rambut


Ramai dikalangan kita sering menganggap bahawa pemakaian cekak rambut di kepala adalah lebih tertumpu kepada perempuan sahaja. Natijahnya, pada zaman sekarang lelaki jugak tidak terkecuali menggunakan kemudahan ini untuk keselesaan mereka sehari-hari. Ada jugak mengatakan bahawa, memakai cekak adalah menyerupai perempuan sama sekali. Dalam Islam ada mengatakan, segala perlakuan yg menyerupai perempuan adalah haram. Tetapi,jikalau cara pemakaian itu mengikut spesifikasi yg betul dan tidak menjadikan ia sebagai alat tersebut semata-mata sebagai bahan  utama hiasan ia adalah tidak patut digunakan untuk lelaki. Mungkin ia nampak agak tidak patut kan? Blogger setuju dengan statement berikut, pakai boleh, tetapi mengikut kesesuaian tempat dan fungsi yg tertentu bagi memudahkan si pemakai. Contohnya ketika bersukan, sukan bola sepak,pingpong,badminton dan sebagainya,memerlukan kosentrasi yg tinggi semasa bermain. Oleh itu, fungsi cekak ini digunakan bagi keselesaan para pemain. Ia bukan tujuan untuk mengikut perilaku atau personalitu perempuan semata-mata, tapi digunakan utk KESELESAAN. Kita ambil contoh pemain bola di bawah ini.

Beckam-7
Tidak asing lagi,semua orang mengenali Beckam, pemain bola yg terkenal dengan tendang 'free-kick' yg bahaya. Beliau sendiri menggunakan cekak ketika bermain bagi menjaga kosentrasi ketika mengambil sepakan percuma dan tendangan sudut penalti.


Pemakaian perlulah betul? 
Ya! Betul sama sekali..pemakaian yg betul perlu dipraktikan ketika memakai cekak rambut, terutamanya bagi lelaki. Jangn memakai seperti bapok,pondan and sama waktu dengan nya. Lihat gambar di bawah .
 Sekadar gambar hiasan( jangan tiru aksi ini)

Black Berry the Smart phone!




BLACK BERRY


About blackberry; Blackberry is a line of mobile e-mail and smartphone devices developed and designed by Canadian company Research In Motion (RIM) since 1999.
 Futhermore, BlackBerry functions as a personal digital assistant with address book, calendar, memopad, and task list capabilities. It also functions as a portable media player with support for music and video playback and camera and video capabilities. BlackBerry is primarily known for its ability to send and receive (push) Internet e-mail wherever mobile network service coverage is present, or through Wi-Fi connectivity. Below there are examples of Black Berry smart phones.



Kelebihan menggunakan Blackbbery








Siapa yang tak tergoda bila melihat telefon pintar dengan 3.2 inci skrin sesentuh yang luas pemandangannya. Ditambah dengan 5 MP kamera yang boleh ambil bermacam gambar dengan kualiti yang mantop. Jangan kata nak ambil gambar awek, lubang hidung kambing pun boleh disnap tu.. Tak payah la sibuk-sibuk nak beli kamera mahal-mahal la. Cukup dengan Blackberry dan kualiti gambar dalam blog ni pasti bertambah comel serta mengejutkan
Perkara yang penting dalam Blackberry bagi aku adalah GPS. Ini yang best pakai telefon pintar ni, tak perlu nak beli peralatan GPS lain. Memang penting sgt,sbb kalau sesat jalan di tempat baru leh guna GPS yg pasti memberi kemudahan dalam perjalanan akan datang. Senang le kalau nak pergi gathering jauh-jauh kalau ada Blackberry ni..


Dengan GPS dari telefon Blackberry dapat mengelakkan diri dari sesat sampai ke hutan cam member kita ni. Dan Blackberry Torch 9800 mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik. Aplikasi laman sosial seperti facebook, twitter dan lain-lain dapat menghilangkan kebosanan tatkala pergi majlis, seminar dan kursus-kursus

Dengan Blackberry, tiada masalah lagi hendak melaung di facebook di pejabat yang diblock ‘url facebooknya’. Selain itu, aplikasi flickr yang terdapat dalam Blackberry mampu memudahkan untuk menyimpan gambar menarik dalam alam maya. Dan boleh juga melakukan ‘live blogging’
Banyak lagi kelebihan Blackberry Torch 9800 yang tak mampu nak ditulis. Senang cerita memang berbaloilah kalau dapat.



p/s:  HTC juga idaman hati.

Trend Sekarang, Couple Break, Couple Break Lagi







Komen yg tulus ikhlas ringkas dan padat!
Positve
1) Pengalaman lebih
2) Belajar dari kesilapan
3) Tidak mudah percaya kepada orang lain
4) Iktibar kepada orang lain

Negative
1) Maruah tercalar(perempuan especially, semua benda nak bagi)
2) Investment tiada hasil( rugi masa, duit, airmata.hak3)
3) Kesan seumur hidup untuk melupakan.
4) Emosi terganggu affect keje and belajar.
Ini adalah pendapat ringkas dari aku..haha..so kalau yang nk bercinta tu, dengar lagu Ramli Sarip ini dulu.



Thanks you! Selamat beramal!


p/s-Jauhilah maksiat

10 Trendy Men's Hair Styles




 
Spring Short Spiky Hairstyle for Men 

 
David-Villa-Faux-Hawk-Hairstyle(Barcelona player)

 
Hairstyles For Men With Wavy  Hair

 
Justin-Bieber-Young-Men-Haircut-Style

 Long Japanese Hairstyle for Boy

 
Mens Medium Crop Haircut Style

 
Shaggy Haircut Style
 
Short for Men

 
Trend Japanese Medium Hairstyle for Men

 Trendy with Cool Spiky Bang Image