Pelajar UiTM Kedah cedera dikelar di leher?



Gambar sekadar hiasan


Gambar di atas sekadar gambar hiasan sahaja, tugas seorang Blogger adalah untuk menyampaikan seseuatu berita yang terkini,lagi jelas dan jitu. Hasil daripada carian google dan jugak laman web tertentu, Stylobrader dikejutkan berita mengenai pelajar IPTA dikelar lehernya. Masa-masa nak raya ni boleh pulak main kelar-kelar leher. Kalau lapar sekalipun rilex lar tunggu la nak raya sembelih lembu ke kerbau ke, masa tu boleh la kelar leher mereka-mereka tu. Cukup!! hayatilah berita dibawah hasil copy paste yg efektif!

SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
“Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.
“Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa,” katanya.
Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
“Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,”katanya.- BERNAMA

7 comments:

  1. baru semalam ayah aku cerita tntg benda ni. Haish seramm neh

    ReplyDelete
  2. suspek xprnah tunang pn..mangsa ngn sspek umur 18 je..lgpun mangsa x tidur time kene tu..berita ni sume cite ngarut,tulis pkai minda yg bodoh tu je..

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya, budak2 sekarang semakin samseng dan berani buat kacau bilau!

    ReplyDelete
  4. @sakurasue

    betul2 taw..masuk paper taw lagi sakura.

    ReplyDelete
  5. ya allah..menakotkan lah gmbO tuh..huhuhu...diri sendiri stress,men kelar org len plak..itu bOley diklafikasikan sebagai gila !

    ReplyDelete
  6. Uitm aku.... erm...

    ReplyDelete