# Liverpool Beli Downing £20 Juta

Downing akhirnya memperolehi perpindahan ke Liverpool seperti yang diinginkannya.



Stewart Downing menyelesaikan perpindahan £20 jutanya dari Aston Villa ke Liverpool selewat-lewatnya hari Jumaat ini.

Villa, yang sebelum ini menegaskan Downing tidak akan dijual, mengalah apabila pemain sayap itu memberitahu mereka yang beliau kepingin untuk berpindah ke Merseyside.

Mereka telah menawarkan Wigan £9 juta untuk Charles N'Zogbia sebagai pengganti dan berharap tawaran itu dapat diselesaikan juga sebelum hari Jumaat ini.

Downing, 26, merupakan pemain terbaik kelab musim lepas namun mengejutkan kelabnya itu ketika menjalankan tugasan antarabangsa bersama England apabila mengumumkan mahu berpindah walaupun masih ada baki dua tahun dalam kontraknya.

Downing menelan kos £12 juta dari Middlesbrough dan tidak memenuhi angka perpindahan besar itu sehinggalah musim lepas. Beliau telah ditawarkan kontrak baru sebelum berakhirnya musim lepas namun telah pun menyedari minat Liverpool dan memutuskan yang beliau mahu menyertai revolusi Kenny Dalglish.

 

2 comments:

  1. Bertambah hebatlah liverpool nanti..mgkin andrew carrol akan myerlah epl tahun ni~!

    ReplyDelete
  2. @Elih Japahar


    tulah ..perghh..
    malaysia ngn liverpool aritu leh tahan fight jugak..:)

    ReplyDelete